Monday 13 May 2013

Ulasan E-book SWSM

Ini adalah ulasan dari salah seorang pembaca E-book Super Wahm Super Mom... InsyaAllah semoga ianya memberikan manfaat dan kebaikan pada pembacanya. Mudah-mudaha....



Oleh : Fatin Farhana Kamarudin (http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Buku%2Febook)

Alhamdulillah,setelah selesai membaca ebookSuper Wahm Super Mom, pada hari ini 23/3/2013, sekali lagi saya memperolehi banyak ilmu baru, terutamanya dari segi maksud WAHM, SAHM, dan SOHO, yang saya tidak faham maknanya sebelum ini. Juga terdapat banyak nasihat, tips-tips berguna serta pengalaman hidup para ibu di luar sana.

Pengalaman hidup mematangkan kita, tidak kira pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain, dapat juga kita jadikan panduan serta iktibar. Sangat berguna perkongsian yang dikongsikan oleh para ibu di dalam ebook ini, setiap manusia pasti akan melalui saat suka dan duka yang berbeza bagi setiap orang.

Maka, perkongsian terbuka sebegini dapat membuka mata masyarakat, khususnya kaum wanita, supaya mereka yang kebuntuan serta tiada arah tuju dan inginkan perubahan dalam hidup, lebih jelas dan memahami serta dapat dijadikan panduan kepada diri sendiri, daripada kisah hidup masyarakat yang terdapat dalam ebook Super Wahm Super Mom.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      Antara petikan kata-kata daripada perkongsian cerita para ibu di dalam ebook yang menarik perhatian saya, dan menjadikannya sebagai panduan serta nasihat yang amat berguna, antaranya :-

"Tidak mempunyai majikan bukanlah bermakna saya tidak perlu berdisiplin. Tetapi bekerja sendiri memerlukan lebih disiplin daripada kerja-kerja lain yang ada, terutamanya bila kita memegang jawatan "SURIRUMAH SEPARUH MASA" dan "IBU SEPENUH MASA" dan "USAHAWAN"." - Norhanita Bahrom

Google image

     Disiplin amat penting bagi saya, perancangan serta jadual perlu diatur dengan sebaik-baiknya, supaya kita dapat membahagikan masa untuk bisnes, keluarga dan diri sendiri. Itu yang paling penting, supaya segala urusan berjalan dengan lancar dan tidak terabai.



Saya amat suka petikan ini, "Ramai merasakan rugi kerana tidak bekerja makan gaji, membazir masa dan wang ringgit, belajar tinggi hingga ke peringkat ijazah tetapi duduk di rumah. Kepada kebanyakan orang mereka merasakan bekerja dari rumah itu sesuatu yang remeh dan lekeh. Sedangkan sebenarnya, masa dan tenaga yang diperah untuk menjayakan perniagaan itu adalah lebih berat berbanding bekerja makan gaji." - Farah Hafizah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagi petikan yang membina, "Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitment kepada perniagaan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukan sebahagian daripada masa." - Siti Nurazlina Noh

Petikan kata-kata Puan Harlinda pula, "Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin, tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi setiap cabaran tersebut boleh diatasi dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terlampau banyak kata-kata yang menjadi peransang buat saya yang masih bujang dan baru dalam dunia yang serba mencabar ini, ingin dikongsikan lagi kata-kata yang indah daripada Puan Nadzura Sabri, "Lain orang lain dugaannya, lain orang juga lain cabarannya, setiap satu dugaannya pasti mahu menduga sejauh mana kita redha dengan ketentuannya, juga kita bersyukur dengan nikmatnya. Setiap dugaan pasti ada hikmah yang tersembunyi, tinggal tunggu masa untuk dicari dan digali dan dirasai rasa hikmah itu."


Google image

Usai membaca, saya sedikit tersentak berkaitan pengurusan masa, sebelum ini, saya agak serabut minda serta tidak terurus segala urusan. Alhamdulillah, ebook Super Wahm Super Mom ini telah pun menyedarkan saya tentang kesilapan kecil yang boleh dan perlu dibaiki segera, kerana masa itu emas. Tanpa perancangan masa yang betul, kita akan kerugian masa yang sangat berharga.

Sebelum saya mengakhiri entri kali ini, ada satu petikan dalam ebook Super Wahm Super Mom yang amat berkenan di hati ini,

            "Sifat masa tidak bertangguh, terus bergerak. Ia tidak berhenti rehat, tetapi terus-menerus berjalan dalam satu pusingan. Selesai satu pusingan, bergerak lagi. Tiada istilah penat, mahu berhenti."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga E-book Super Wahm Super Mom ialah RM25.

Untuk tempahan sila isi Borang Pesanan disini 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...